Saya percaya pada takdir Allah :')



Saya percaya. Apa yang berlaku adalah takdir. Takdir yang Allah sudah tetapkan sejak azali.. Pertemuan, perpisahan, ajal, jodoh semuanya Allah dah aturkan sejak kita didalam kandungan ibu. Contoh, pertemuan. Kita kecewa dengan seseorang dan kita tak boleh cakap "kalau lah saya tak kenal awak lagi bagus kan?" Atau, "menyesal saya kenal dengan awak". Bila kita cakap macam tu seolah2 kita dah menyalahkan takdir Allah. Kita menyalahkan Allah. Astafirullah.. Kerana setiap pertemuan dan perpisahan itu kan Allah yang aturkan.. Jadi bersyukurlah kerana Allah dah tetapkan kita untuk merasai semua tu..
Saya percaya juga, jika Allah dah tuliskan nama saya untuk berada disisi awak, saya tetap akan berada disisi awak. Tak kira sehebat mana pun dugaan yang perlu kita hadapi. Tak kira sejauh mana pun kita terpisah antara benua. Jika Allah dah tuliskan jodoh saya dengan awak, saya pasti akan disisi awak. Biarpun waktu itu awak sudah berkahwin dengan yang lain dan saya juga sudah berkahwin yang lain. Tapi andai kata Allah tetapkan kita untuk bersama selepas itu, tetap juga akan bersama kan? Semuanya kuasa Allah. Sejauh mana pun kita pergi, sejauh mana pun kita terpisah..kalau sudah jodoh itu Allah tetapkan untuk kita pastinya akan bersama biarpun beribu dugaan. Saya percaya dengan takdir Allah.
Dan andainya awak adalah jodoh saya yang sudah tertulis sejak saya dalam kandungan ibu lagi, saya yakin saya akan bahagiakan awak sepenuh hati saya. Kerana awak adalah anugerah terindah yang Allah berikan untuk saya. Kerana awak adalah bakal imam kepada saya dan juga anak-anak saya. Dengan izin Allah s.w.t saya akan jaga awak dan bahagiakan awak dengan selayaknya.. in sha Allahu ta'alaa.
Wahai jodoh saya, bakal imam saya dan bakal ayah kepada anak-anak saya.. dimana pun awak berada saat ini, jaga lah diri awak dengan baik. Bersedialah untuk menjadi pendamping dan membimbing saya bersama awak. Saya disini selalu menanti kehadiran awak dan selalu menunggu awak... tak sabar rasanya mahu bertemu dengan awak :')

Di Pintu Syurga


Segalanya kaku..
Hati kan terus menangis.
Bila ku kenangkan dirimu telah tiada.
Kau pergi tanpa pesan.
Tinggalkan ku sendiri..menghitung hari.
Tiada daya menahan sepi.

Duhai kekasih hati,
Katakanlah padaku bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi..
Aku tak sanggup kasih kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam terasa pedih

Doa ku kasih..
Kita bersua
Di Pintu Syurga..

buat bakal suami ku :)




Assalamualaikum.

En Husband,

Saya berjanji saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menjadi yang terbaik untuk awak. Saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat menyenangkan awak. Saya ingin menjadi seorang isteri yang tidak membebankan awak wahai en suami. Saya ingin menjadi seorang isteri yang sentiasa menghiburkan awak. Saya ingin menjadi seorang isteri yang akan ada bersama awak tika susah dan senang. Kerana tugas saya adalah disisi awak selama nya. Saya ingin menjadi seorang isteri yang sentiasa mendoakan awak. Saya ingin menjadi seorang isteri dan juga sahabat kepada awak. Saya ingin menjadi seseorang yang sentiasa menyokong awak.  saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tidak menyusahkan awak. Saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya untuk awak. Saya mohon awak tegur saya jika saya terlupa. Saya mohon awak ingatkan saya jika saya terleka. Saya ingin menjadi seorang isteri yg sempurna dimata awak. Saya mohon awak tegurlah saya dengan baik jika ada perkara yang tidak elok saya lakukan pada mata awak. Saya hanya manusia biasa yang masih belajar erti kehidupan. Saya mohon awak sentiasa bersama saya. Selagi saya masih bernafas di bumi ini, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk kelihatan sempurna di mata awak. In sha Allahu ta'alaa. Wahai en suami, saya mohon bantulah saya untuk mencapai cita-cita saya dunia dan akhirat ini. Didik saya supaya menjadi seorang wanita dan isteri yang solehah. Bimbing saya kearah yang diredhai Allah. Hanya awak yang dapat menyempurnakan impian saya wahai suami. Saya akan menyayangi dan mencintai awak seumur hidup saya bersama rasa yang dikurniakan oleh Allah kepada saya terhadap awak. Bersamalah kita menyemai dan membina sebuah ikatan ini hingga ke syurga. Saya ingin ke syurga bersama awak. Kerana saya ingin sentiasa bersama awak dunia dan akhirat.


Yang mencintai mu,
Pn Wife :')