Nukilan.

REDHA. Walaupun sakit dan perit untuk terima keputusan itu, namun dia perlu redha dengan ketentuan Allah. Untuk sekali lagi, dia rasakan kesakitan ini. Allah masih mahu menguji. Dia perlu kuat untuk terima apa pun dugaan yang datang. Kecewa, sungguh kecewa. Biar menangis air mata darah sekali pun dia tidak mampu untuk mengubah apa-apa..mungkin bahagia itu bukan milik dia.

Perkenalan yang singkat bukan lah alasan.. Lelaki itu telah memberi beribu erti dan rasa buat dia. Yang tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Lalu dengan cara bagaimana lagi harus dia ungkapkan? Dia tidak mampu. YA. Dia tidak diberi peluang untuk bersuara. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Tak apa, dia faham. Dari awal hingga hari ini dia masih faham.. Tak ada lain yang dia mampu lakukan untuk lelaki yang dia cintai kecuali memahami keadaannya.. Siapa lah dia jika nak dibandingkan dengan lelaki itu?. YA. Dia perlu sedar taraf dirinya tidak sama seperti lelaki itu. Mereka tidak sekufu. Umpama pepatah, bagai pipit dengan enggang, bagai langit dengan bumi, bagai laut dengan sungai.. mana mungkin sama kan?

Tidak ada apa lagi yang dia harapkan melainkan ingin melihat lelaki yang dia cintai itu bahagia. Impiannya untuk membahagiakan lelaki itu kini telah dikuburkan jauh dalam sudut hati apabila lelaki yang dia cintai bakal berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Yang sama taraf dan sekufu dengan mereka. Sama padan..sama cantik. Dia akui itu. Sungguh terasa kerdil dirinya. Jika itu adalah jodoh dan pilihan yang terbaik untuk orang yang dia cintai, hanya doa yang dapat dia kirimkan untuk mengiringi langkah mereka bersama..

Doa, adalah cara yang paling jujur untuk menyayangi dan mencintai seseorang.



Sepasang Sayap & Harapan.

                                     

Saya terbang, terbang dan ingin terbang lebih tinggi. Saya ingin terbang bersama awak. Tapi awak terbang terlalu tinggi. Saya cuba lagi untuk terbang setinggi awak Saya ingin terbang beriringan bersama awak. Tapi saya terjatuh..namun saya tidak putus asa! Saya bangun dan cuba untuk terbang lagi. Walaupun saya tahu saya tak mampu untuk terbang setinggi awak, tapi saya terus berusaha cuba dan cuba lagi. Saya jatuh lagi. Bangun jatuh bangun jatuh bangun dan jatuh lagi.. Sehingga sayap saya sudah patah.. Mungkin saya tidak mampu lagi untuk kejar dan terbang setinggi awak.. Saya tidak pernah mengalah.. Tetapi saya letih.. Awak tidak berusaha untuk capai tangan saya untuk terbang bersama awak.. Saya tidak akan terus mengalah. Saya akan rawat dan baiki sayap saya yang patah sehingga saya benar-benar mampu untuk terbang lebih jauh dan lebih tinggi.  :')