photo by : officiallyns
14 June 2013 - Jumaat,
Pertemuan yang Allah sudah aturkan untuk saya dengan seorang hambanya. Menemani sepanjang hari. Menjadi pendengar yang setia. Sungguh tak pernah sangka. Kebetulan, hari itu adalah ulangtahun hari lahir saya yang ke-22 tahun. Tuhan hadiahkan saya sesuatu yang tidak saya sangka. Allah juga telah bukakan hati saya. Dihadapan masjid inilah, saya melepaskan segala beban dihati. Saya berkongsi segala kisah suka dan duka sepanjang perjalanan hidup. Tiada rahsia. Inilah saya. Inilah diriku. Inilah apa adanya saya. Lega, bila dapat melepaskan segala beban dihati. Yang selama ini ditanggung seorang diri. Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah..
Semoga kamu sentiasa ada disetiap perjalanan ini. Pimpin saya bersama kamu..
Renung..dan terus merenung indah nya rumah Allah ini.. Seingat saya, sudah bertahun lamanya tak jejakkan kaki ke dalam masjid untuk beribadah. Kecuali kalau ada majlis tertentu, akad nikah kawan atau saudara mara. Sayu rasa hati.. Kalau diberi peluang sekali lagi, saya ingin sangat nak solat dekat sini.. Di rumah Allah yang cantik ini. Subahanallah... Ya Allah.. Semoga diberi kesempatan untukku menebus segala dosa diatas kelalaian dan kealpaan ku selama ini... 
No comments:
Post a Comment