Bermulanya titik penghijrahan dalam hidup saya. Tekad. Saya perlu ambil peluang ini. Peluang yang datang tidak selalu ada. Buat apa nak lengahkan lagi waktu? Sempena bulan yang mulia ini lah saya tekad saya harus ambil peluang itu untuk perbaiki segala kesilapan lalu. Bukan mudah untuk biasakan diri dari yg dulu. Yang dulunya "free hair" dan mahu berhijab. Yang dulunya solat, tidak pernah cukup. Tapi bagi saya, tidak ada yang susah kalau selalu ada usaha. kan?
Terlalu banyak dugaan dalam hidup ini.. Dari kesilapan saya sendiri juga. Dulu saya fikir, saya dah punya segalanya. Saya punya 'dia' (
Sebab...saya cinta pada manusia melebihi cinta pada Allah! Ya Allah...ampunkan aku :'(
Sebab saya mengharapkan manusia lebih dari Allah.. Ya Allah.. Berdosanya aku :'(
Sebab saya lupa, segala yang saya ada semuanya kerana Allah swt. Saya lupa! Saya leka! Saya lalai! Sekarang inilah balasan... Allah tarik balik segalanya.. Kerana Dia adalah Maha Pencipta, Maha Kuasa, Dia berhak untuk ambil balik segalanya. Ya Allah.. Ampunkan aku kerana sering melupakan Mu... :'(
Saya hilang segalanya. Segalanya! Saya hilang arah tujuan.. Saya hilang keyakinan.. Saya hampir berputus asa. Mujurlah... Ada hamba Allah yang menghulurkan tangan untuk saya kembali bangkit! Pada Allah, saya bersujud, saya meminta, saya mengadu segalanya pada Allah.Subhanallah... Terasa ketenangan dalam hati... Lalu saya tekad..ini lah jalan yang harus saya tuju. Inilah jalan hidup yang sebenarnya. Besar sungguh hidayah Mu Ya Allah.. Disaat aku jatuh, Engkau menghantar hamba Mu untuk membantu.. Syukur. Saya masih diberi peluang untuk perbaiki diri dari kesilapan lalu.
ALHAMDULILLAH....
Kini, saya bukan lagi yang dulu. Saya kini lebih tenang... Saya lebih kuat.. Saya belajar lebih sabar.. Saya belajar untuk menjadi lebih syukur.. Walaupun hidup dalam serba kekurangan.. Tapi saya bersyukur.. Saya masih diberi peluang.. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Bukanlah mudah untuk berubah sepenuhnya. Tapi saya akan berusaha! Impian saya, untuk menjadi hamba Allah yang sebenar benarnya hamba. Untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan taat pada imamnya. Untuk menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anaknya. In sha Allahu ta'ala.. :')
Bermulalah perjalan hidup yang baru.. Semoga Allah meredhai perjalan hidupku.. Ameen..
Semoga saya dapat menjadi wanita yang paling bahagia... :')
No comments:
Post a Comment